JKM dapatkan perintah jaga 4 beradik ditinggalkan di pondok pengawal

Dari Penulis

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memohon perintah sementara bagi membolehkan empat beradik yang ditinggalkan di hadapan pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah (MDPT), Seri Iskandar, minggu lepas, diletakkan di bawah pengawasan jabatan itu.

Pengarah JKM Perak Nor Tipah Majin berkata ia merupakan bantuan sokongan yang dilaksanakan sementara pihaknya mengesan ibu bapa kesemua kanak-kanak berkenaan.

“Pihak polis masih mengesan ibu bapa dan keluarga kanak-kanak berkenaan. Pada masa sama, JKM memberi tumpuan kepada perlindungan dan pemeliharaan kanak-kanak itu.

“JKM juga akan bekerjasama dengan pihak polis bagi tujuan pengesanan ahli keluarga,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Baca artikel lain: Selangor kaji keperluan sedia pengangkutan pelajar pedalaman

Beliau berkata pemeriksaan kesihatan yang dijalankan terhadap empat beradik itu di Hospital Raja Permaisuri Bainun, mendapati mereka berada dalam keadaan baik serta tiada sebarang kesan kecederaan fizikal.

Empat beradik terdiri daripada dua lelaki berusia 11 dan 3 tahun, bayi lelaki berusia 10 bulan serta kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun itu ditemukan ditinggalkan di kompleks berkenaan, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah dilaporkan berkata maklumat berhubung kejadian itu diterima menerusi Pegawai JKM daerah pada 5.39 petang.

Menurut Hafezul Helmi berdasarkan keterangan diberikan, adik-beradik malang itu ditinggalkan di kawasan itu oleh seorang wanita menaiki sebuah kereta jenis Toyota.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This