Pelantikan ahli JKMR manifestasi Kerajaan MADANI banteras rasuah – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PELANTIKAN lima ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) yang baharu bagi tempoh tiga tahun disifatkan manifestasi Kerajaan MADANI untuk terus beriltizam dengan segala usaha dan kudrat bagi membanteras gejala rasuah di negara ini.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut percaya ahli JKMR yang dilantik berkuat kuasa 9 Oktober 2023 sehingga 8 Oktober 2026 itu akan terus istiqamah dan beroleh hikmah melaksanakan tugas memerangi gejala rasuah yang disifatkannya kian membarah.

Beliau turut berharap tanggungjawab besar yang diamanahkan itu dapat digalas dengan penuh adil, tawaduk dan saksama.

“Pada petang ini, saya berkesempatan untuk menyampaikan watikah pelantikan JKMR sesi 2023-2026 di Parlimen.

“Bagi sesi kali ini, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah dilantik selaku Pengerusi JKMR.

“JKMR sesi 2023-2026 turut dianggotai empat ahli Dewan Rakyat iaitu Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah; Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli; Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui dan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.

Baca artikel lain: Wan Junaidi dilantik Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah

“Intiha penerimaan watikah ini, didoakan segala usaha murni kita ini mendapat keberkatan dari-Nya,” katanya dalam hantaran itu.

Terdahulu, Perdana Menteri menyampaikan watikah pelantikan sebagai ahli JKMR kepada lima ahli baharu berkenaan.

Ia disaksikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara dalam kenyataan memaklumkan mereka telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan peranan menasihati Perdana Menteri mengenai pelbagai aspek berhubung masalah rasuah dalam negara dan memeriksa Laporan Tahunan SPRM.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This