Pembangkang hentikanlah hasrat untuk ‘tebuk atap’ – PM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pembangkang supaya berhenti berhasrat untuk merampas atau ‘tebuk atap’ kerajaan yang sedia ada.

Kenyataan secara sinis namun tegas itu dibuat susulan daripada pengisytiharan sokongan kepada Anwar dan Kerajaan Perpaduan yang dibuat oleh Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang).

“Saya faham Kota Bharu marah betul dekat Bukit Gantang, dah marah nak buat macam mana, tiap-tiap bulan kata nak ambil alih kerajaan, tiap-tiap bulan ada ahli yang keluar.

“Jadi maknanya berhenti igauan untuk nak rampas tebuk atap ini hentikan dulu,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) yang menggesa peruntukan diberikan kepada secara sama rata sama untuk Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Menjawab soalan peruntukan, Anwar sekali menegaskan, beliau tidak pernah menghalang mana-mana peruntukan diberikan kepada pembangkang, cumanya mereka perlu menghormati syarat yang ditetapkan.

Beliau juga menegaskan, bahawa pihaknya tidak meletakkan sebarang syarat yang menyatakan peruntukan hanya diberikan sekiranya Ahli Parlimen menyatakan sokongan kepada kerajaan.

Baca artikel lain: Ahli Parlimen Bukit Gantang dari PN isytihar sokong PM

“Soal dibangkitkan syarat ketat, saya tidak dimaklumkan, yang saya tahu TPM beritahu belum ada rundingan rasmi, ada seorang dua yang jumpa, belum ada perundingan yang rasmi lagi dengan beliau.

“Jadi saya tegaskan semula soal peruntukan jangan dipanjangkan, rundingan dengan baik dan selesaikan. Tiada syarat ketat.

“Saya tengok kempen-kempen maki hamun saya ini Perdana Menteri tak guna, dia minta sokong dia baru dia bagi peruntukan. Saya tak pernah sebut begitu,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

12 individu ditahan merusuh di parkir beli-belah di Cheras

POLIS menahan 12 individu warga tempatan bagi membantu siasatan satu kes pergaduhan dan rusuhan di kawasan parkir pusat beli-belah...

More Articles Like This