Baru-baru ini, tular mengenai dakwaan mengatakan pelakon Ezzrin Loy, sedang hangat bercinta dengan pelakon jelita Sharifah Rose selepas tular video mereka bersama.
Terbaharu, Ezzrin telah memuat naik satu video bersama Rose di akaun TikToknya.
Menerusi hantaran di laman TikTok miliknya, Ezzrin Loy atau nama sebenar Ahmad Ezzrin Loy Ahmad Sabr, dilihat memuat naik video tersebut bersempena ulang tahun Rose yang ke-25 tahun.
Pelakon berusia 26 tahun itu, meninggalkan ucapan ‘happy birthday’ kepada Rose berserta emoji bunga mawar di ruangan kapsyen.
“Can I call you rose? Happy birthday to this special person who has the sweetest soul,” katanya.
Dalam pada itu Rose turut dilihat memuat naik semula (repost) video tersebut.
Melihat ke ruangan komen, rata-rata peminat wanita kecewa melihat pelakon yang juga merupakan adik kepada pelakon Elfira Loy itu sudah mempunyai teman istimewa.

