Identiti Digital Nasional penghubung rakyat dengan khidmat kerajaan – Rafizi

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

IDENTITI Digital Nasional (IDN) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan platform penghubung antara rakyat dengan sistem perkhidmatan kerajaan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menerusi perkongsian di aplikasi X berkata, inisiatif itu selaras dengan usaha kerajaan agar sebahagian besar khidmat dan urusan kerajaan didigitalkan.

Sehubungan itu, katanya, langkah untuk membuka akaun bagi setiap portal kerajaan diperlukan memandangkan ketika ini tiada satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri secara digital yang unik bagi setiap warganegara.

Ahli Parlimen Pandan itu menjelaskan, setiap kali mahu menggunakan khidmat kerajaan, orang ramai perlu mengisi maklumat yang sama berulang-ulang kali.

Beliau berkata, kerajaan pula mempunyai pelbagai pangkalan data bagi sistem yang berlainan sedangkan maklumat pengenalan diri itu sama.

“Akhirnya ini menyebabkan sistem-sistem kerajaan yang tidak bersepadu dan tidak berhubung dengan satu sama lain.

“Antara usaha terkini ialah memperkenalkan khidmat awam berteknologi tinggi (govtech) secara berperingkat dalam khidmat awam.

“Seperti mana kita biasa menggunakan aplikasi digital untuk banyak urusan harian, hasratnya berurusan dengan kerajaan pun akan menjadi mudah seperti menggunakan aplikasi digital lain,” katanya.

Baca juga: Pelaksanaan gaji minimum kekal, diperkasakan dengan gaji progresif – Rafizi

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, langkah awal yang diambil termasuklah membangunkan Pangkalan Data Utama (PADU) supaya semua maklumat setiap warganegara dikumpulkan dari pelbagai pangkalan data kerajaan ke dalam satu datalake.

Beliau berkata, setiap aplikasi tidak lagi perlu membangunkan pangkalan data yang bertindih dan menggunakan application programming interface (API) untuk berhubung dengan PADU.

Jelas beliau, kemudahan itu sekaligus mengelakkan rakyat untuk mengisi pelbagai maklumat berulangkali ketika berurusan dengan kerajaan.

“Langkah seterusnya adalah IDN yang membolehkan kemudahan single sign on (SSO). Dengan satu login, seorang pengguna boleh mengakses semua kemudahan dan aplikasi kerajaan sekaligus.

“Selepas itu, langkah seterusnya adalah untuk mula melaksanakan integrasi aplikasi berurusan dengan kerajaan melalui satu portal utama dan SSO menggunakan IDN.

“Kertas yang menggariskan konsep dan pelaksanaan govtech secara berfasa ini akan dibentangkan di Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) minggu depan,” katanya.

Rafizi turut berharap akan berlaku penambahbaikan ketara kepuasan pengguna apabila menggunakan aplikasi urusan kerajaan yang lebih fokus kepada UI/UX/CX bermula tahun hadapan.

“Insya-Allah apabila Perikatan Nasional (PN) berjaya menebuk atap sekali lagi (yang dijadualkan pada 31 Disember 202X), mereka tidak perlu fikir mengenai govtech kerana ia telah dilaksanakan dengan baik,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MCA akui pengundi Cina kini kecewa namun tak anggap boleh diterjemah dalam bentuk undi

HASIL kajian lapangan dilakukan oleh MCA mendapati bahawa rata-rata pengundi Cina kini berada dalam keadaan kecewa khususnya dengan apa...

More Articles Like This