Imej sederhana Samsuri beri kelegaan, reda suhu politik – Anwar

Dari Penulis

KEMENANGAN Pas menerusi calonnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Sabtu lalu diharap dapat meredakan suhu politik yang terlalu panas.

Harapan itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti dilaporkan FMT, hari ini.

Perdana Menteri berkata, ia kerana imej Ahmad Samsuri yang sederhana sekali gus disifatkan memberi kelegaan.

Pada masa sama, Anwar turut mengucapkan tahniah kepada Ahmad Samsuri atas kemenangan itu dan berharap Menteri Besar Terengganu itu dapat menjalankan tugas dengan baik.

“Saya ucapkan tahniah kepada Samsuri atas kemenangan, mudahan dapat jalankan tugas yang baik.

“Dari segi negara dia berikan sedikit kelegaan kerana imej lebih sederhana berbanding sikap pimpinan PAS yang nampak jauh lebih ekstrem,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Profesion Teknikal Negara 2023, hari ini.

Sabtu lalu, Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman selepas menumpaskan calon Barisan Nasional, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan majoriti 37,220 undi.

Baca artikel lain: PRK Kemaman: Majoriti lebih besar petanda sokongan kuat penyokong BN kepada PN

Menteri Besar Terengganu itu meraih 64,998 undi manakala Raja Mohamed Affandi mendapat 27,778 undi.

Majoriti yang diperoleh calon Pas kali ini melebihi 10,041 undi berbanding penyandang sebelum ini, Che Alias Hamid yang memperoleh majoriti sebanyak 27,179 undi.

Untuk rekod, kerusi Parlimen Kemaman sebelum ini diwakili BN menerusi Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selama tiga penggal, sebelum bertukar tangan kepada Che Alias pada PRU14.

Pada PRU15, Che Alias berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman apabila menewaskan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dengan memperoleh majoriti sebanyak 27,179 undi.

Che Alias memperoleh undi 65,714 undi, manakala Ahmad mendapat 38,535 undi. Bagaimanapun, kemenangan Che Alias terbatal selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 26 September lalu menerima petisyen difailkan calon BN, Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This