Ditikam 27 kali, peniaga nasi ekonomi maut

Dari Penulis

SEORANG peniaga kedai nasi ekonomi di pasar Jalan Perak di George Town, Pulau Pinang maut selepas ditikam sebanyak 27 kali dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah pangsapuri di Jalan Perak semalam.

Mangsa seorang lelaki dalam lingkungan 60-an itu disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt V.Saravanan pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 6.18 petang daripada penduduk pangsapuri yang memaklumkan seorang warga emas cedera parah ditikam.

Katanya terdapat 27 kesan tikaman, termasuk pada leher dan beberapa anggota badan mangsa yang dipercayai ditikam dengan menggunakan pisau.

“Mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dengan ambulans namun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan,” katanya.

Saravanan berkata kejadian itu dipercayai melibatkan dua suspek yang menunggang sebuah motosikal sebelum seorang daripadanya menyerang mangsa dengan menikamnya berulang kali.

Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan namun menolak kes samun kerana barangan berharga termasuk duit milik mangsa masih berada bersamanya.

“Polis telah mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di lokasi kejadian dan pondok pengawal, dan usaha mengesan dua suspek tersebut giat dijalankan,” katanya.

Tambahnya kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This