PAS disifatkan sebagai parti yang ‘gila talak’ susulan ‘keinginan’ untuk mewujudkan semula kerjasama dengan UMNO.
Sehubungan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Pas supaya menoktahkan ‘mimpi di siang hari’ pemimpin parti itu yang mahu melihat kerjasama itu kembali direalisasikan.
Buat masa ini, Ahmad Zahid menegaskan UMNO belum ‘terbuka hati’ untuk kembali bekerjasama dengan Pas.
“Mungkin ada pihak yang telah kegilaan talak kerana mereka pernah berada dalam kerajaan dahulu. Alangkah sakitnya mereka ada jumlah kerusi yang banyak tetapi mereka terus jadi pembangkang.
“Harap mereka terus berdoa untuk tak melakukan kekencingan sekali lagi kepada UMNO yang membuatkan kami tak langsung buka jalan setakat ini.
“Allah belum buka lagi hati kami untuk menjalinkan kerjasama politik dengan mereka. Kami minta supaya mimpi siang mereka itu dapat dinoktahkan,” katanya.
Baca artikel lain: DAP tidak mampu ‘kembirikan’ Pas seperti yang dilakukan terhadap UMNO – Annuar Musa
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan penyampaian sumbangan tabung kemanusiaan bagi rakyat Palestin oleh 99 Speedmart Sdn Bhd dan Wanita Umno di Bangunan Perdana Putra.
Terdahulu, Pas tidak menolak kerjasama dengan UMNO di sebalik sejarah ‘pahit’ hubungan kedua-dua parti politik itu.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebarang kerjasama dengan UMNO perlu melalui platform Perikatan Nasional (PN), yang turut dianggotai Bersatu.
Selepas PRU14, Umno dan PAS menjalinkan kerjasama di bawah Muafakat Nasional (MN) sebagai usaha penyatuan ummah ketika kedua-duanya dalam blok pembangkang.
Namun hubungannya tegang apabila PAS menyertai PN yang diterajui Bersatu sekali gus mahukan parti serpihan Umno itu turut menyertai MN.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

