Kerajaan pertimbang rayuan individu gagal mohon kredit eMADANI

Dari Penulis

KEMENTERIAN Kewangan sedang menimbang rayuan individu yang ditolak permohonan bantuan kredit eMADANI, kata Timbalan Menterinya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata rayuan itu akan diberi keutamaan kepada pemohon yang layak termasuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

“Melalui senarai STR, terdapat sebanyak 8.7 juta penerima dan sebahagiannya tidak menerima eMADANI, oleh itu kelompok berkenaan akan dipertimbangkan dan diutamakan,” katanya pada sidang media selepas melawat tapak cadangan Kolej Komuniti Pontian di Benut, hari ini.

Ahmad berkata pengumuman mengenai rayuan eMADANI yang bertujuan mengembangkan kaedah penggunaan e-dompet selain membantu rakyat serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta ekonomi setempat itu, akan dibuat dalam masa terdekat.

“Pada Rabu lepas, Kementerian Kewangan adakan masyuarat berhubung eMADANI yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang turut dihadiri saya dan Pengarah Belanjawan Negara Datuk Johan Mahmood Merican.

“Kita akan buat pengumuman seterusnya mengenai rayuan ini dalam sedikit masa lagi,” katanya.

Baca artikel lain: eMADANI: 6.5 juta permohonan lulus, RM650 juta telah dikreditkan

Ahmad berkata kerajaan mendengar keluhan sebahagian rakyat yang mendakwa eMADANI sukar dimohon, seterusnya perbandingan data juga akan dilakukan antara jumlah penerima STR dengan eMADANI bagi memperbaiki kelompangan permohonan itu.

“Sebenarnya eMADANI amat mengujakan dan tempoh permohonan dibuka selama dua bulan bermula Isnin lepas, tetapi dalam beberapa hari ini ramai rakyat telah berjaya mendapatkannya. Permohonan menerusi aplikasi Touch ‘n Go adalah paling tinggi,” katanya.

Program eMADANI yang boleh ditebus bermula Isnin lepas dijangka dimanfaatkan 10 juta rakyat meliputi golongan B40 dan M40 yang akan menerima kredit e-tunai sebanyak RM100.

Antara syarat kelayakan untuk memohon bantuan kredit eMADANI itu ialah warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023 dan penerima STR berdasarkan rekod pada 7 Nov 2023 atau mempunyai pendapatan RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This