PPIM cadang AGC kenakan hukuman berat kepada penipu dalam talian

Dari Penulis

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan, Jabatan Peguam Negara (ACG) mengenakan hukuman paling berat kepada penipu dalam talian.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan boleh melaksanakan hukuman penjara lima tahun dan denda sehingga ratusan ribu dengan mengkaji semula kesalahan di bawah Kanun Keseksaan 417.

“Denda itu tidak masuk akal kerana selepas membayarnya, penipu akan dibebaskan. Jadi, mereka (penipu) boleh melakukan semula aktiviti ini kepada orang lain.

“Mangsa penipuan yang kehilangan ribuan ringgit pula didakwa di bawah undang-undang apabila akaun mereka terlibat dalam kegiatan haram,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Katanya pada sidang akhbar di Kondominium Vila Puteri, hari ini.

Baca artikel lain: Jauhi perbuatan melabel sesama umat Islam

Hadir sama Pegawai Khas Penyiasatan PPIM, Adrian Fernandez; Pengerusi Parti Diskriminasi dan Salah Laku, Datuk Mohd Fakrunizam dan peguam, Shahrin Satheer.

Dalam pada itu, Shahrin turut mencadangkan penggubal undang-undang untuk mewajibkan hukuman penjara kepada penipu dalam talian yang berlaku di negara ini.

Jelasnya, individu yang melakukan penipuan tersebut perlu dijatuhkan hukuman penjara dan denda, bukan hanya salah satu daripadanya.

“Saya rasa tidak berapa masuk akal, ini kes penipuan. Tidak perlu ada ‘atau’, sepatutnya penjara ‘dan’ denda. Itu baru betul.

“Undang-undang ini semua sudah ada cuma perlu digerakkan untuk menangkap penipu yang terlibat,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This