‘Jangan keluarkan kenyataan tak sahih, guris perasaan kami’ – Datuk Zayn Rayyan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DATUK kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin memohon orang ramai supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak sahih berhubung kejadian yang menimpa cucunya itu.

Permintaan itu dibuat Zahari Mohd Reba dalam hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Menurut Zahari, kenyataan tidak sahih itu telah mengguris perasaan keluarganya apatah lagi berhadapan dengan kejadian menyayat hati.

Zahari berkata, Zayn Rayyan merupakan cucu kesayangan keluarganya.

Pada masa sama, dia memaklumkan, mereka sekeluarga menghadapi gangguan emosi susulan kejadian tersebut.

“Sama semua di luar sana, saya mewakili waris Arwah Zayn Rayyan @ Tok Ayah arwah, memohon supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang tidah sahih yang mengguris perasaan keluarga kami.

“Setiap hari keluarga kami menghadapi gangguan emosi. Zayn Rayyan adalah cucu kesayangan kami. Tolonglah,” katanya dalam hantaran tersebut.

Zahari turut berkongsi beberapa keping gambar keluarga dan gambarnya berdua bersama Zayn Rayyan.

Gambar-gambar yang dipercayai diambil sewaktu hari raya Aidilfitri memaparkan Zahari memangku Zayn Rayyan.

Baca artikel lain: Zayn Rayyan dibunuh: Tiga blok Apartmen Idaman sudah diperiksa

Sementara itu, memetik laporan BH Online, Zahari, 55, turut berharap pembunuh cucunya segera ditahan dalam masa terdekat selepas membaca berita polis menemui cap hari dan DNA pelakunya.

“Anak saya sentiasa cuba memenuhi kehendak arwah (Zayn Rayyan) setiap hari apa sahaja Zayn mahu dia akan tunaikan.

“Cucu saya juga jika ayah dia memandu kenderaan dia akan berjaga melayan ayahnya ketika ibunya dan adik tidur,” katanya.

Menurutnya, setiap kali ada kelapangan pada Sabtu, beliau akan membawa cucunya itu pergi berjalan-jalan kerana mereka terlalu rapat.

“Cucu saya memang rapat dengan saya dan dia suka mandi laut (pantai) atau kolam dan hiking (mendaki). Saya memang suka hiking dan sebab itu saya cungkil bakat arwah suka melakukan aktiviti luar,” katanya.

UtusanTV sebelum ini melaporkan Zayn Rayyan dilaporkan hilang dari kawasan perumahan apartmen dekat Jalan PJU 10/1, Damansara Damai pada tengah hari Selasa.

Zayn Rayyan kemudian ditemukan meninggal dunia di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya, kira-kira jam 10 malam hari Rabu.

Mangsa ditemukan semasa gerakan mencari dijalankan melibatkan pegawai dan anggota polis serta penduduk setempat.

Hasil bedah siasat mendapati terdapat unsur jenayah iaitu kesan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak terbabit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain kemudiannya mengesahkan Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya diletakkan di dalam sungai tempatnya ditemukan.

Siasatan juga tidak menolak kemungkinan suspek terlibat dengan pembunuhan itu mengetahui selok-belik kawasan tempat mayat kanak-kanak itu ditemukan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This