PM digesa hentikan naratif beracun dibawa DAP – Pas

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa supaya segera menghentikan naratif beracun yang dibawa oleh pemimpin rakan komponen Kerajaan Perpaduan iaitu DAP.

Ini selepas dua pemimpin parti tersebut mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan rakyat melalui kenyataan Perdana Menteri bukan Melayu dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan mendakwa, ia mengesahkan kebimbangan banyak pihak terutamanya orang Melayu terhadap niat sebenar DAP.

Jelasnya, ia berhubung sama ada mereka benar-benar jujur dalam menjunjung kepentingan dan keutamaan nasional atau hanya mengutamakan kepentingan ideologi serta parokialismenya.

“Perlu diingat bahawa keputusan kerajaan terdahulu memansuhkan pilihan raya…bertujuan untuk menghindari penguasaan kerajaan tempatan oleh satu-satu kumpulan etnik bagi menutup kemungkinan berlakunya ketegangan dan ketidakharmonian kaum dalam masyarakat.

“Pas percaya hikmah dan tujuan penting keputusan itu masih terpakai dan perlu pada hari ini, sekali gus menggesa Anwar supaya mengawal dan menghentikan naratif beracun seperti ini kerana mereka yang melupakan sejarah hanya akan mengulanginya,” katanya hari ini.

Baca artikel lain: Pilihan raya PBT tak hilangkan kuasa Melayu – Aziz Bari

Takiyuddin mempersoalkan, tidakkah pilihan raya PBT hanya menzahirkan citra politik etnik tunggal dari segi perwakilan yang akan dipilih kelak jika melihat kepada penguasaan kerusi-kerusi Parlimen di Kuala Lumpur oleh DAP.

Katanya lagi, Pas beranggapan kedua-dua kenyataan dari Tan Kok Wai dan Lim Kit Siang jelas bermotifkan pengukuhan kedudukan serta penguasaan DAP ke atas hala tuju dan perjalanan negara.

Tegas beliau, ianya mengabaikan sisi-sisi teras yang selama ini mengikat semua pihak pada agenda dan budaya politik lebih waras, sederhana dan munasabah.

“Pas memandang serius perkembangan mutakhir dalam naratif politik tanah air, terutamanya yang melibatkan pemimpin veteran DAP kerana mendapati ia sangat tidak wajar

“Ia menimbulkan kecelaruan dan syak wasangka terhadap dasar dan hala tuju kerajaan sendiri, sekali gus menghakis tahap kebolehpercayaan terhadap kepimpinannya,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This