Tarif elektrik: 99 peratus pengguna domestik di KHTP tidak terjejas

Dari Penulis

SEJUMLAH 5,159 atau 99 peratus pengguna domestik di Kulim Hi-Tech Park, Kedah (KHTP) tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik dan akan menerima subsidi daripada kerajaan bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2024, menurut Suruhanjaya Tenaga (ST).

ST dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kerajaan pada 13 Dis lepas bersetuju supaya pelarasan tarif elektrik di bawah pelaksanaan mekanisme Pelepasan Kos-Kos Tidak Seimbang (ICPT) dilaksanakan secara penyasaran semula subsidi bagi pengguna NUR Power Sdn Bhd di KHTP untuk tempoh itu.

“Berdasarkan kepada penyasaran semula subsidi ini, kerajaan turut memutuskan supaya kos tampungan surcaj sebanyak RM0.73 juta dibiayai menggunakan dana Kumpulan Wang Industri Elektrik bagi meminimumkan impak surcaj ICPT sepanjang tempoh pelaksanaannya,” menurut kenyataan itu.

Baca artikel lain: Pemuda MCA sertai piket ‘Kepung Demi Palestin’

Dengan pelaksanaan ICPT itu, pengguna domestik (tarif N1) dengan unit penggunaan elektrik sebanyak 1,500 kilowatt-jam (kWj) dan ke bawah tidak dikenakan sebarang surcaj.

Sementara itu, pengguna domestik (tarif N1) dengan penggunaan elektrik melebihi 1,500 kWj akan dikenakan surcaj pada kadar 6.50 sen/kWj, manakala pengguna bukan domestik pula akan dikenakan surcaj pada kadar 6.50 sen/kWj.

ICPT merujuk kepada satu mekanisme di bawah Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) yang membolehkan kos bahan api diselaraskan setiap enam bulan berdasarkan turun naik harga global bahan api.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This