Langkah Dubai hanya fatamorgana – Ahmad Maslan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

DAKWAAN kononnya berlaku gerakan terancang untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan dikenali sebagai Langkah Dubai disifatkan sebagai ‘fatamorgana’ atau sesuatu yang hanya khayalan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan, semua 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sudah menandatangani aku janji untuk membayar RM100 juta sekiranya melompat parti.

“Langkah Dubai? Ini hanya fatamorgana. Untuk 30 MP UMNO/BN, kami sudah tandatangan kena bayar RM100 juta seorang jika ingin melompat.

“Siapa MP ada wang sebanyak itu? Jika 30 keluar pun, kerajaan masih kekal dengan 122 sokongan,” katanya menerusi ciapan di platform X, hari ini.

Semalam BH Online melaporkan wujud perancangan pihak pembangkang dan disertai segelintir pemimpin dari parti kerajaan untuk sekali lagi menjatuhkan kerajaan di luar pilihan raya.

Baca artikel lain: Laporan MASA tentang projek penambakan di P.Pinang dapat perhatian UNHRC

Kali pertama langkah itu dibuat ialah pada Februari 2020 dan menyaksikan Pakatan Harapan (PH) tumbang di sebalik mandat yang diterima daripada rakyat melalui Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Memetik kenyataan pegawai kanan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), portal berita itu mendakwa, perancangan ‘Langkah Dubai’ dilakukan sewaktu pemimpin Perikatan Nasional (PN) bercuti di Dubai, baru-baru ini.

Ada ‘pegawai’ tertentu dipertanggungjawab untuk mengenal pasti Ahli Parlimen yang berpotensi mengalih sokongan kepada pembangkang dengan sogokan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This