PAS mendukung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan orang bukan Islam supaya tidak mencampuri hal ehwal umat Islam.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut meminta, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas dengan DAP, kerana ia bukan kali mereka mencampuri urusan orang Islam.
“Perlu diingat, Ngeh Koo Ham juga pernah bercakap dalam Parlimen tahun ini berkenaan perkahwinan antara orang Islam dengan bukan Islam di luar negara.
“Lebih celupar lagi, beliau juga pernah menggesa mana-mana pihak supaya menghormati dan tidak mempertikaikan hak orang Islam yang murtad pada tahun 2014 lalu.
“Saya melahirkan kebimbangan dengan kenyataan- kenyataan seperti ini yang seolah-olah mendapat restu mereka yang berkehendakkan kelangsungan kuasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: Sabah kukuh, terus maju selagi rakyat bersatu padu – Ketua Menteri
Beliau pada masa sama menggesa, pihak berkuasa mengambil tindakan sepatutnya bagi memadamkan persepsi rakyat bahawa isu 3R hanya terpakai kepada Perikatan Nasional sahaja.
Namun, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi, sekiranya melibatkan Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan DAP disenyapkan.
“Pas terus menyeru agar umat Islam dan Melayu bersatu teguh mempertahankan hak dan memelihara negara demi kesejahteraan Malaysia,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

