SPRM: Bekas PM akan dipanggil beri keterangan masa terdekat

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil seorang bekas perdana menteri dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berkaitan perbelanjaan dana kerajaan berjumlah RM700 juta bagi tujuan promosi dan publisiti.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Simposium Tatakelola Baik 2024 hari ini, berkata bekas pemimpin negara berkenaan antara empat individu yang bakal dipanggil bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Kalau melibatkan bekas perdana menteri, setakat ini hanya seorang.

Mereka ini akan dipanggil dalam minggu ini atau selewat-lewatnya pada minggu hadapan,” katanya turut akan dipanggil adalah bekas pegawai pemimpin berkenaan.

Azam berkata siasatan kes itu tertumpu terhadap perbelanjaan dana yang diterima, selain siasatan terhadap syarikat-syarikat yang menerima dana terbabit.

“Yang penting kita nak tengok bagaimana duit dibelanjakan, kami tidak banyak soalan bagaimana ia diputuskan atau diluluskan, tetapi berkaitan bagaimana ia dibelanjakan oleh syarikat-syarikat itu,” katanya.

Baca artikel lain: Pertuduhan ini bermotifkan politik, mahu hentikan saya bersuara, kata Papagomo

Sebelum ini, media melaporkan SPRM telah memulakan siasatan awal berhubung dana RM700 juta oleh dua kerajaan terdahulu, bagi tujuan promosi dan publisiti agenda kerajaan bagi tempoh 2020 hingga 2022.

Sementara itu mengenai siasatan terhadap Aman Palestin Bhd, Azam berkata siasatan kini giat dilaksanakan terhadap perbelanjaan beberapa syarikat berkaitan yang berkaitan organisasi berkenaan.

“Kita masih lagi menyiasat tentang isu wang-wang yang dibelanjakan termasuk (kepada) syarikat-syarikat yang ditubuhkan. Dan siasat betul ke wang itu dihantar kepada Palestine, Syria dan sebagainya,” katanya.

SPRM sebelum ini mengesahkan telah membekukan sebanyak 41 akaun bank syarikat Aman Palestine bernilai RM15,868,762 yang dilakukan berhubung dakwaan salah guna wang sumbangan orang ramai kepada badan itu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This