AGC tolak representasi bekas MB Perlis kaji 10 tuduhan kemuka tuntutan palsu, terima wang haram

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

REPRESENTASI yang dikemukakan oleh bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man bagi mengkaji 10 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu dan menerima wang hasil aktiviti haram, ditolak oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Perkara itu dimaklumkan kepada mahkamah oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noralis Mat Rashidah Azmi Kalai pada prosiding sebutan di hadapan Hakim Azura Alwi, hari ini.

Noralis memberitahu bahawa representasi yang dihantar oleh pasukan pembelaan itu telah ditolak pada 9 November tahun lalu.

“Representasi itu telah diterima dan ditaklimatkan kepada AGC, namun ia ditolak.

“Mahkamah sebelum ini telah menetapkan tarikh perbicaraan yang bermula pada 18 dan 19 Julai depan serta beberapa tarikh lain,” katanya.

Hakim Azura Alwi kemudian menetapkan 14 Jun ini sebagai tarikh pengurusan kes bagi mengemas kini dokumen berkaitan fakta, yang boleh dipersetujui oleh kedua-dua pihak termasuk pernyataan bertulis saksi.

Sebelum ini tarikh perbicaraan telah ditetapkan selama sembilan hari, bermula 18 dan 19 Julai yang kemudian bersambung pada 1, 2, 19, 20, 21, 22 dan 23 Ogos dengan seramai 20 saksi pendakwaan dijangka dipanggil memberi keterangan.

Pada 9 November tahun lalu, bekas pemimpin UMNO ini menghantar representasi untuk mengkaji tuduhan 10 kes jenayah tersebut.

Pada 10 April 2023, Azlan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis atas lima pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan kemudahan cuti seberang laut di London, mencecah lebih RM1.18 juta sedangkan tiada perjalanan yang dilakukan tertuduh.

Kesalahan didakwa dilakukan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini antara 2013 hingga 2017.

Jumlah tuntutan dalam tempoh lima tahun mulai 2013 itu ialah RM230,230, RM216,260, RM241,295.40, RM253,195.40 dan RM244,079.30 bagi setiap perjalanan.

Azlan didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama.

Sabit kesalahan penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan yang palsu jika berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UtusanTV kukuhkan hubungan kerjasama media bersama MOTAC

UTUSANTV meneroka ruang kerjasama strategik bersama Tourism Malaysia dengan mengadakan kunjungan hormat di pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya...

More Articles Like This