SEBANYAK 17 buah Institusi TVET di China bersetuju dan bersedia untuk terlibat dalma penubuhan Malaysia-China Institute (MSI) dan komitmen menawarkan 2,000 kuota latihan peningkatan kemahiran kepada pelajar TVET dari Malaysia.
Setiausaha Agung, Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran, Mohammad Rizan Hassan berkata, biasiswa itu akan ditawarkan sepanjang tahun ini dalam pelbagai bidang khususnya Electric Vehicle (EV), IOT, AI, Solar, Teknologi Maklumat dan Pemesinan.
Pengumuman mengenai program tersebut diumumkan pada Malaysia-China Vocational Education Seminar yang di adakan di Qiangqiang Beijing International Business Hotel, Beijing baru-baru ini.
“Tahun 2024 menyaksikan Hubungan DIplomatik 50 Tahun Malaysia-China sebagai suatu persefahaman unggul kedua-dua buah negara dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan dan latihan kemahiran TVET,” kata Mohammad Rizan dalam satu kenyataan.
Katanya, penubuhan MCI telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Novenver lalu semasa kunjungan hormat hormat Naib Presiden China Han Zheng sempenaUlangtahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China di Putrajaya yang turut menyaksikan Memorandum Persefahaman (MOU) pelaksanaan Program Malaysia-China Youth TVET Training di Bangunan Parlimen.
“Susulan itu, Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan perbincangan dengan pelbagai Institusi TVET di China dalam usaha menyokong penubuhan MCI,” tambahnya.
Katanya, delegasi Malaysia diketuai oleh Pengerusi RISDA yang juga Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib dan Penasihat Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB). Turut hadir Mohammad Rizan yang diberikan peranan menyampaikan taklimat berkaitan kerangka pelaksanaan inisiatif MCI
Seminar dianjurkan secara bersama antara PKPB dan TANG International Education (China) dan Manndzri telah dilantik yang mewakili 17 Institusi TVET China sebagai Ketua Koordinator MCI.
Menurut Manndzri, komitmen itu adalah hadiah kepada Ulangtahun Ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China tahun ini yang akan kekal kukuh dengan adanya pelbagai bentuk kerjasama merentasi aspek politik, pelaburan, ekonomi, pelancongan, pertanian, pendidikan bahasa dan budaya.
Keserasian yang ada ini perlu ditingkatkan dengan kesungguhan dan komitmen kedua-dua belah pihak untuk terus menawarkan kerjasama pragmatik yang berkonsepkan perkongsian untuk manfaat bersama.
Justeru, faktor-faktor pemangkin seperti perdagangan dan pelaburan perlu diseimbangkan dengan keberhasilan tenaga pakar dan kemenjadian modal insan berkemahiran kedua-dua buah negara dengan harapan kelestarian kerjasama yang lebih berpanjangan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

