SURUHANJA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu kediaman seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri malam tadi dipercayai berhubung siasatan rasuah berkait pemberian tender projek perbekalan dan penyelenggaraan kenderaan kerajaan (Projek Fleet) bernilai RM4.5 bilion.
Perkembangan terkini yang turut menyaksikan serbuan ke atas beberapa syarikat berkaitan termasuk pembekal kenderaan kerajaan itu dikatakan kesinambungan kepada siasatan SPRM sejak Julai lalu.
Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, ketika dihubungi sebuah portal berita mengesahkan sebuan.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut termasuk mengenai kes berkenaan termasuk identiti individu bergelar Tan Sri itu.
Namun sumber berkata, Tan Sri yang dimaksudkan itu adalah sekutu rapat kepada bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin yang ketika ini turut berdepan siasatan SPRM berhubung sumber kekayaannya.
Pada 2020, Ketua Setiausaha Perbendaharaan ketika itu, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir memaklumkan, sejak 30 Oktober 1993, konsesi fleet kenderaan kerajaan Malaysia diuruskan sebuah syarikat sendirian berhad milik Tan Sri itu melalui Perjanjian Konsesi antara Kerajaan Malaysia dan syarikat terbabit.
Perjanjian berkenaan tamat pada 31 Disember 2018.
Bagaimanapun Ahmad Badri menegaskan, bagi menguruskan fleet kenderaan kerajaan pada masa hadapan, kerajaan memutuskan supaya syarikat konsesi dipilih secara Request For Proposal (RFP) atau permintaan untuk cadangan yang dilaksanakan secara terbuka.
Dengan kata lain tidak ada tender terhad atau pemberian tender secara terus diamalkan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

