SEORANG penumpang wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Taman Mulia, Assam Jawa dekat Kuala Selangor pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 9.58 pagi.
Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba di lokasi dan mendapati kemalangan melibatkan kereta Proton Saga dan Toyota Estima.
“Saksi kejadian mendakwa kemalangan berlaku ketika pemandu Saga dalam perjalanan dari Jeram ke Kuala Selangor dan telah masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Estima,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pemeriksaan pada Saga mendapati Tarmizzi Rumandud, 37, cedera parah akibat tersepit manakala isterinya Nur Izzathy Ashikin Ibrahim, 32, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian
Jelasnya, pemeriksaan di dalam Estima pula mendapati seorang lelaki berusia 41 tahun mengalami cedera ringan manakala anak perempuan berusia 5 tahun tidak sedarkan diri.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

