Bersatu sangkal lebih ramai Ahli Parlimennya beralih sokongan

Dari Penulis

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyangkal dakwaan lebih ramai Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) akan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini terutama sekiranya pembangkang gagal menunjukkan bukti bahawa akan berlaku pertukaran kerajaan.

Ketua Pemudanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, tidak timbul dakwaan bahawa wakil rakyat Bersatu memberi kata dua kepada pemimpin parti dalam pertemuan sebelum ini.

“Saya duduk dengan ramai Ahli Parlimen Bersatu dan PN. Tidak pernah timbul soal ini. Isu seperti yang diperkatakan itu langsung tidak pernah berbangkit,” katanya seperti dilapor FMT.

Baca artikel lain: Agong bangga rakyat Malaysia berganding bahu pamer solidariti isu Palestin

Terdahulu, FMT memetik sumber rapat seorang pemimpin Bersatu mendakwa, lebih ramai Ahli Parlimen parti itu akan menyokong Anwar melainkan pembangkang dapat membuktikan mereka mampu menukar kerajaan.

Wan Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, akan mengusulkan kepada pimpinan tertinggi Bersatu supaya tindakan undang-undang diambil agar wakil rakyat yang beralih sokongan melepaskan kerusi masing-masing.

Setakat ini enam Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada Anwar dengan alasan menjaga kepentingan pengundi di kawasan mereka.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

64 projek pembangunan semula sekolah daif siap sejak 2025

SEBANYAK 64 projek pembangunan semula sekolah daif telah berjaya disiapkan di seluruh negara sejak tahun 2025 hingga suku kedua...

More Articles Like This