BEKAS Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan gagal mengisytiharkan kira-kira 70 aset harta seperti yang dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hujung tahun lalu.
Selain itu, Daim turut gagal mengisytiharkan sebuah akaun bank Amanah Saham Berhad (ASB).
Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin, 86, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.
Mengikut kertas pertuduhan, Daim yang hadir ke mahkamah dengan berkerusi roda didakwa sengaja memberikan satu pernyataan bertulis secara bersumpah yang tidak mematuhi terma notis bawah Seksyen 36(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 bertarikh 8 November 2023.
Notis itu dihantar kepada tertuduh oleh seorang Pesuruhjaya SPRM pada 14 November tahun sama, iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, pada 13 Disember 2023.

Antara harta yang terlibat termasuk aset akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB), tujuh kenderaan seperti Jaguar serta Rolls Royce, 38 syarikat dan 25 hartanah/ tanah di ibu negara, Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang selain satu Kedah.
Baca: Senarai 70 aset dan harta yang gagal diisytihar Daim kepada SPRM
Daim didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 iaitu kesalahan tidak mendedahkan aset, seperti dikehendaki oleh agensi tersebut.
Sabit kesalahan, Daim boleh berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun dan didenda sehingga RM100,000, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala Daim diwakili peguam M.Puravalen.
Mahkamah kemudian membenarkan Daim diikat jamin RM280,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Mac ini bagi sebutan semula kes.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

