POLIS mengesahkan kejadian sebuah Tesla Model 3 melanggar tembok di Jalan BS 3/12, Taman Bukit Serdang, tengah malam semalam.
Video penuh klik link di bawah
https://t.me/infoutusantv/3658
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 9.22 pagi semalam.
Beliau berkata, dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam, pemandu berusia 28 tahun itu telah melalui jalan tersebut dan tidak perasan terdapat tembok di hadapan.
“Pemandu yang menetap di Johor itu mendakwa telah datang ke Serdang untuk bertemu kawan dan tidak mahir jalan tersebut.
“Jalan tersebut telah ditutup dengan binaan tembok lebih kurang 10 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, Tesla tersebut mempunyai fungsi kawalan pandu automatik, namun pemandu mendakwa memandu sendiri dan tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu.
“Pemandu juga tidak menggunakan sebarang aplikasi navigasi dan hanya perasan tembok tersebut pada saat terakhir,” ujarnya.
Kereta mengalami kerosakan di bahagian bonet bampar lampu besar hadapan, cermin sisi, radiator dan bumbung.
Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan di bawah Rule 10 LN 166/59.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

