‘Orang lain merisik, orang lain difitnah’, Setiausaha Sulit Hamzah nafi dakwaan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“ORANG lain merisik, orang lain pula yang difitnah.”

Demikian kata Setiausaha Sulit Datuk Seri Hamzah Zainudin terhadap dakwaan kononnya Ahli Parlimen Larut itu ‘sedang merisik jawatan’ di Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Sambil menafikan dakwaan tersebut, Ahmad Ikhwan Fadhli dalam hantaran di platform X turut menyifatkan perkara tersebut sebagai fitnah.

Beliau turut berkongsi tangkap layar mesej di aplikasi WhatsApp yang mendakwa Hamzah berunding dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapat jawatan.

“Fitnah. Orang lain merisik, orang lain pula yang difitnah.

“Perang saraf level (peringkat) amatur. No class (Tiada kelas),” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel lain: Ahli Parlimen Bersatu mahu Hamzah terajui parti, dakwa Syed Abu Hussin

Sebelum ini, media melaporkan seorang pemimpin utama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sering kelihatan di PMO dipercayai melakukan rundingan demi ‘survival’ beberapa pemimpin tertentu sehingga pemilihan parti itu.

Laporan memetik sumber itu turut mendakwa pemimpin Bersatu tersebut berjanji memberikan lebih banyak sokongan Ahli Parlimen parti itu kepada kerajaan.

Menurut sumber berkenaan, ‘lebih ramai’ wakil rakyat Bersatu dijangka mengisytiharkan sokongan kepada Anwar.

Setakat ini, enam Ahli Parlimen Bersatu telah berbuat demikian tetapi masih kekal setia bersama parti tersebut.

Enam wakil rakyat itu adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Syed Abdul Fasal; Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang); Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) serta Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Langkah tersebut membuatkan Bersatu merancang untuk meminda Perlembagaan parti bagi memastikan tindakan tersebut tidak lagi berulang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This