POLIS kini memburu empat suspek yang terlibat dalam kejadian samun bersenjata api di sebuah kedai emas dekat Kota Warisan, Sepang, malam tadi.
Video penuh klik link di bawah
https://t.me/infoutusantv/3707
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek dengan bangsa dan warganegara tidak pasti itu telah menaiki kereta Proton Waja berwarna perak dan meletak kenderaan di belakang pasar raya.
Beliau berkaya, tiga suspek telah masuk ke dalam pasar raya melalui sebuah kedai makanan segera manakala seorang lagi suspek menunggu di dalam kereta.
“Suspek telah menyerbu masuk ke dalam kedai emas sambil mengacukan senjata yang dipercayai pistol pada pukul 8.14 malam.
“Suspek telah mengeluarkan sendiri emas yang terdapat dalam kabinet pameran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, kesemua suspek memakai topi keledar, bersarung tangan, berjaket dan berseluar warna gelap.
Katanya, suspek keluar melalui laluan lain di pintu belakang pada pukul 8.16 malam dan terus menaiki kereta yang siap sedia menunggu.
Wan Kamarul Azlan berkata, tiada sebarang tembakan dilepaskan oleh suspek dan barang yang disamun membabitkan rantai leher serta rantai tangan pelbagai berat.
“Anggaran kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminat menghubungi Pegawai Penyiast Asisten Superintendan Boby Tamat di talian 013-555 7858.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

