Bekas jurulatih legenda Kedah, Azraai Khor meninggal dunia

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DUNIA bola sepak negara dikejutkan dengan berita pemergian jurulatih legenda pasukan Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah pada usia 71 tahun, hari ini.

Berita sedih pemergian jurulatih yang mencipta kegemilangan double treble pada tahun 2007 dan 2008 bersama pasukan Hijau Kuning itu dimaklumkan anaknya dikenali sebagai, Firdaus Zainuddin dalam hantaran di Facebook.

Sebelum itu, Firdaus Zainuddin memaklumkan bapanya telah diserang strok dan dikejarkan ke hospital.

Difahamkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Kedah Medical Centre (KMC), Alor Setar pada pukul 12 tengah hari tadi.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam hantaran di Facebook turut mengucapkan takziah kepada keluarga Mohd Azraai.

Baca artikel lain: Legenda bola sepak, Khalid Ali meninggal dunia

“Bekas pemain kebangsaan, Mohd Azraai Khor Abdullah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 71 tahun sebentar tadi selepas diserang strok.

“Semoga Allah SWT merahmati rohnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan para solehin,” katanya dalam hantaran tersebut.

Bekas pemain Kedah era 70-an itu yang nama asalnya Khor Sek Leng telah menyarung jersi skuad kebangsaan dari 1975 hingga 1978 dengan menganggotai skuad ke Piala Raja Thai, Pra Olimpik, Pestabola Merdeka, Piala Asia 1976 di Tehran dan Sukan Asia 1978 di Bangkok.

Sebagai jurulatih pula, Allahyarham membawa Kedah muncul juara double treble pada 2007 dan 2008, selain turut pernah membimbing beberapa pasukan tempatan lain seperti Negeri Sembilan dan Perak serta menjadi ketua jurulatih skuad Harimau Muda pada 2010.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This