Kursus di MTAT bukan prasyarat wajib kenaikan pangkat pegawai kanan tentera

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KURSUS di Maktab Turus Angkatan Tentera Malaysia (MTAT) bukan prasyarat wajib kenaikan pangkat bagi pegawai kanan tentera di bawah Akta Angkatan Tentera 1972.

Sebaliknya, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kursus di MTAT itu adalah satu faktor merit tambahan yang boleh meningkatkan kelayakan pegawai untuk pangkat lebih tinggi.

Menurut Mohamed Khaled, pada dasarnya kenaikan pangkat seseorang pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpandukan Seksyen 12(2) dan (3) Akta Angkatan Tentera 1972.

“Secara ringkasnya, seksyen tersebut menjelaskan bahawa Majlis Angkatan Tentera atau pegawai yang diberi kuasa bagi pihaknya boleh menaikkan pangkat pegawai bertauliah sehingga pangkat Kapten dalam Tentera Darat atau setaraf dengannya dalam Tentera Laut dan Tentera Udara.

“Selain itu, kenaikan pangkat lebih tinggi daripada itu memerlukan kelulusan Yang di-Pertuan Agong atas syor Majlis Angkatan Tentera,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) yang bertanyakan mengapa masih wujud situasi kenaikan pangkat pegawai kanan ATM sehingga ke pangkat Lt Kolonel dan Kolonel tetapi masih belum menjalani kursus di MTAT/PUSPAHANAS atau pun tidak pernah memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled memaklumkan, Kementerian Pertahanan melalui ATM turut mengambil kira beberapa kriteria dalam mempertimbangkan sebarang kenaikan pangkat.

Beliau berkata, ia melibatkan kekosongan jawatan; tempoh perkhidmatan; kelulusan akademik terutama pegawai yang memiliki ijazah sarjana atau setaraf dengan kelulusan di MTAT dan keperluan operasi segera.

“Selain itu, ATM juga mengambil kira pengecualian bersyarat untuk pegawai tertentu atas faktor kepakaran teknikal, pengalaman medan atau keperluan kritikal perkhidmatan.

“Semua keputusan kenaikan pangkat dibuat mengikut merit, kompetensi dan keperluan kesiapsiagaan pertahanan tanpa menjejaskan standard profesionalisme dan kualiti kepimpinan strategik ATM,” jelas beliau.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This