KERAJAAN negeri perlu menubuhkan jawatankuasa khas menambah baik Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) bagi memastikan kes pembatalan 16 kesalahan syariah tidak berulang.
Ketua Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, ia perlu dilaksanakan memandangkan peruntukan perundangan bagi kesalahan jenayah syariah bagi setiap negeri tidak sama.
Katanya lagi, langkah itu merupakan antara pencegahan bagi melihat kembali dan memperbetulkan enakmen sedia ada supaya dapat dibuat penambahbaikan oleh jawatankuasa peringkat pusat.
“Cadangan penambahbaikan boleh dipanjangkan kepada Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menggubal undang-undang Islam yang ditubuhkan di peringkat Persekutuan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk dipanjangkan atau disampaikan kepada Majlis Kemajuan Islam (MKI).
“Jawatankuasa itu juga boleh memperhalusi pindaan-pindaan melibatkan berapa perkara di peringkat persekutuan yang berkaitan dengan kuasa undang-undang negeri.
“Ia juga bagi memastikan pengukuhan dalam pelaksanaan terhadap baki enakmen sedia ada,” katanya seperti dilapor Sinar Harian, hari ini.
Baca artikel lain: Pemandu lori didakwa sebabkan kematian tiga anggota tentera
Wan Mohd Zakri menambah, kajian mengenai perbezaan antara jenayah mahkamah syariah dan jenayah sivil juga perlu dilakukan bagi memastikan penggubalan sesuatu enakmen berkaitan jenayah syariah lebih jelas.
“Kajian semula berkaitan kuasa DUN untuk menggubal sesuatu enakmen berkaitan jenayah syariah perlu dilakukan supaya ianya lebih jelas.
“Misalnya, suatu tafsiran lebih jelas berkenaan perkataan ‘percept of Islam’ dalam butiran 1 senarai ll – senarai negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan perlu dibuat kerana ia adalah punca kepada apa yang berlaku,” katanya.
Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari lalu mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, adalah terbatal dan tidak sah.
Panel lapan hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan petisyen dikemukakan seorang peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

