Enam ahli Parlimen sokong PM tak terkesan pindaan Perlembagaan Bersatu

Dari Penulis

ENAM Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan terkesan dengan pindaan Perlembagaan dilakukan parti itu.

Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim seperti dilaporkan Sinar Harian Online, hari ini.

Menurut Mohd Azizi, Bersatu tidak boleh mengosongkan enam kerusi ahli Parlimen itu walaupun pindaan kepada Perlembagaan parti dibuat.

Beliau berkata, Bersatu tidak boleh mengambil tindakan kerana Perlembagaan parti itu dipinda selepas keputusan mengisytihar sokongan kepada Perdana Menteri dilakukan.

“Setahu saya, parti tak boleh buat tindakan kerana Perlembagaan diubah selepas saya buat keputusan menyokong Perdana Menteri.

“Insya-Allah tiada apa yang boleh menghalang tugasan saya untuk berkhidmat kepada masyarakat saya untuk penggal ke-15 ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Azizi berkata, cadangan pindaan Perlembagaan mana-mana parti juga bukannya akan diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sewenang-wenangnya.

“RoS pastinya tidak akan luluskan dengan mudah mana-mana pindaan perlembagaan parti apatah lagi jika ia dicipta untuk membunuh karektor wakil rakyat terpilih,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi menjelaskan, pengosongan kerusi tidak akan berlaku.

Malah, kata beliau, enam ahli Parlimen itu akan kekal sebagai wakil rakyat Bersatu berdasarkan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 (Akta A1663) yang melarang ahli Dewan Rakyat bertukar parti atau akta lompat parti.

“Sekarang kita terikat dengan akta lompat parti jadi tidak akan berlaku perkara (pengosongan kerusi) itu,” kata beliau.

Baca artikel lain: Bersatu adakan perhimpunan khas pinda Perlembagaan pada 2 Mac

Semalam, Bersatu dilaporkan akan mengadakan Perhimpunan Agung Khas pada 2 Mac depan dipercayai bagi meminda Perlembagaan parti itu.

Ia susulan tindakan enam ahli Parlimen daripada Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 29 Januari lalu, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dalam mesyuarat khas bersetuju meminda Perlembagaan parti itu bagi memastikan tindakan khianat tidak berulang pada masa hadapan.

Sebagai rekod, enam ahli Parlimen Bersatu telah mengisytiharkan sokongan masing-masing terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain Mohd Azizi dan Zulkafperi, empat lagi adalah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid; Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan); Zahari Kechik (Jeli) dan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This