Jangan politikkan Kongres Ekonomi Bumiputera – Asyraf Wajdi

Dari Penulis

KONGRES Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 yang akan dianjurkan pada 29 Februari hingga 2 Mac depan tidak sepatutnya dipolitikkan.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebarang perbincangan mengenai hak Bumiputera tidak bermakna menafikan hak bukan Bumiputera.

Katanya, kongres tersebut dianjurkan kerana kerajaan ingin memfokuskan strategi berkesan untuk memperkasakan agenda dan mengangkat martabat rakyat majoriti.

“KEB 2024 sepatutnya tidak perlu dipolitikkan oleh segelintir yang melihatnya secara sinis, seolah-olah ia akan menafikan hak bukan Bumiputra atau rakyat secara keseluruhannya.

“Hakikatnya, apabila kita melihat statistik terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik, 70.1 peratus rakyat Malaysia adalah Bumiputera,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Simposium KEB 2024 bagi kluster reformasi pendidikan dan modal insan, hari ini.

Prapelancaran KEB 2024 yang dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 14 Februari lalu.

Baca artikel lain: AADK sasar 16 kawasan berisiko tinggi bertukar status kepada berisiko rendah tahun ini

Kongres itu landasan penting dalam mencari jalan lebih serius bagi memperkasakan ekonomi Bumiputera, selain pemerkasaan golongan rakyat majoriti itu dalam teknologi baharu dan pelan futuristik untuk generasi akan datang.

Dalam ucapan pada majlis prapelancarannya, Perdana Menteri antara lain mempelawa masyarakat Cina dan India, khususnya pemain ekonomi serta perniagaan untuk turut sama menyertai KEB 2024.

Katanya, kerajaan mengambil sikap sangat terbuka dan mahu menjadikan kongres yang memberikan tumpuan kepada masalah dihadapi Bumiputera itu sebagai inklusif yang turut memberi kepentingan kepada semua lapisan masyarakat.

Perdana Menteri juga mengarahkan agar KEB 2024 turut dihadiri anggota Kabinet bukan Melayu supaya masalah ekonomi yang membelenggu Bumiputera juga ditangani secara bersama merentas etnik dan kaum.

Bagaimanapun, bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy mempersoalkan sama ada KEB ketujuh itu boleh menjadi inklusif seperti dijanjikan Perdana Menteri, mendakwa kongres seumpamanya sebelum ini meminggirkan bukan Melayu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Surat bahasa Cina MBIP berlaku era PH, bukan pentadbiran sekarang – Exco

KERAJAAN Johor menegaskan isu surat rasmi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan Bahasa Cina dan kembali tular di...

More Articles Like This