Pas nafi dakwaan ada masalah dengan Bersatu – Takiyuddin

Dari Penulis

PAS mengesahkan pertemuan di antara presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan satu perjumpaan biasa.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pertemuan seperti itu juga sentiasa berlaku sama ada di luar atau dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN).

“Sebenarnya ada pihak tertentu sengaja mereka cerita bahawa masalah tidak selesai walaupun ada pertemuan dua kali antara pemimpin Pas dan Bersatu.

“Saya boleh sahkan tiada masalah antara pemimpin dan ahli juga saling bekerjasama untuk mengukuhkan parti,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Kelantan 2024.

Baca artikel lain: Perak fokus 359 projek fizikal libat RM1.28 bilion peruntukan tahun ini

Dalam pada itu, Takiyuddin turut menegaskan kedua-pemimpin parti itu tidak pernah berbalah dan cadangan supaya mengadakan undian semula.

Sebelum ini, satu portal memetik bahawa sumber memaklumkan Presiden Pas dan Bersatu didakwa gagal menyelesaikan masalah menyebabkan hubungan mereka ‘dingin’.

Portal itu turut menyebut, sumber rapat dengan perkara itu mendakwa pertemuan pada 14 dan 15 Februari lalu hanya sekadar optik.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This