Enakmen Syariah Kelantan: Tiada isu Mahkamah Syariah terancam – Timbalan menteri agama

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KERAJAAN menegaskan tiada isu Mahkamah Syariah akan terancam susulan daripada keputusan Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 terbatal dan tidak sah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menjelaskan, apa yang berlaku hanyalah berkenaan tafsiran Perlembagaan berhubung bidang kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

“Di dalam mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), titah ucapan Sultan Selangor juga telah menekankan aspek ini.

“Kalau kita lihat secara umumnya dalam kes ini ianya hanya untuk memberikan satu tafsiran Perlembagaan Persekutuan kepada kompetensi sama ada DUN membuat undang-undang atau pun Parlimen.

Baca artikel lain: Polis buka kertas siasatan berhubung himpunan Turun Parlimen #Reformasi100Peratus

“Maka dengan itu tidak ada isu Mahkamah Syariah terancam, tiada isu kerana ianya telah memberi panduan dan rujukan kepada semua bahawa inilah tafsiran Perlembagaan yang perlu dihormati,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) apakah keputusan mahkamah akan menghakis kedudukan Mahkamah Syariah.

Zulkifli menambah, peruntukan di dalam akta, enakmen, ordinan jenayah syariah di negeri-negeri lain masih sah dan berperlembagaan serta boleh dikuatkuasakan selagi ia tidak dicabar.

Beliau berkata, ini memandangkan keputusan Mahkamah Persekutuan hanya membabitkan 16 daripada 18 peruntukan kesalahan jenayah Syariah di Kelantan, bukannya di negeri-negeri lain.

“Namun begitu adakah Kerajaan Persekutuan boleh mengarahkan negeri-negeri untuk meminda undang-undang syariah di negeri-negeri?

“Apa yang boleh diputuskan, berdasarkan Fasal 2 Perkara 74, dan Butiran I Senarai II Senarai Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, hal ehwal agama Islam adalah di bawah bidang kuasa negeri-negeri. Maka Yang di-Pertuan Agong, Sultan dan Raja merupakan pihak berkuasa utama yang perlu dilindungi dan perlu memberi perkenan atas nasihat Majlis Agama Islam Negeri,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This