Malaysia kecam serangan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza

Dari Penulis

MALAYSIA mengutuk sekeras-kerasnya serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin yang sedang menunggu bantuan di Gaza, mengakibatkan kehilangan lebih 100 nyawa dan menyebabkan kira-kira 700 yang lain cedera pada Khamis (29 Feb).

Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Sabtu, kerajaan Malaysia kesal terhadap pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin yang tidak berdaya yang sedang mendapatkan bantuan penting untuk menyelamatkan nyawa, di Nabulsi di Semenanjung Gaza Utara.

“Tindakan Israel menyasarkan rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak dikecam sekeras-kerasnya oleh Malaysia.

“Tindakan sedemikian bukan sahaja menyalahi undang-undang antarabangsa malah secara terang-terangan melanggar langkah sementara Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 26 Jan dan Konvensyen Genosid 1948,” menurut Wisma Putra.

Malaysia sekali lagi menggesa supaya gencatan senjata kekal disegerakan bagi menghentikan pembunuhan rakyat Palestin yang tidak bersalah dan memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan kepada yang memerlukan di Gaza tanpa sekatan.

Baca artikel lain: Negara perlukan dasar pengurusan sisa perladangan – Ahmad Shabery

Masyarakat antarabangsa perlu menggesa Israel untuk menghentikan kekejaman dan akur terhadap undang-undang antarabangsa.

“Memandangkan situasi yang semakin meruncing, Malaysia berharap masyarakat antarabangsa memenuhi tanggungjawab kemanusiaan, etika dan undang-undang untuk mengelakkan kehilangan nyawa yang lebih banyak,” menurut kenyataan itu.

Malaysia tetap berpegang teguh dengan pendirian bahawa rakyat Palestin berhak mendapat negara mereka sendiri yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan kepada sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara,

Serangan terbaru Israel itu sekali lagi mencetuskan kemarahan dan kecaman hebat dunia, menurut Agensi Berita Palestin (WAFA) pada Jumaat.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This