KEJOHANAN menembak LEIOS Sports 1st IPSC Open 2024 Level II menerima sambutan menggalakkan daripada peminat sukan berkenaan.
Ia selepas kejohanan kali pertama dianjurkan itu memperoleh sehingga 293 penyertaan dalam kejohanan selama empat hari berakhir hari ini.
Pengarah Kejohanan, Zul Majdi Saari memaklumkan, sambutan yang diterima itu disifatkan luar biasa kerana pihaknya menyasarkan hanya seramai 200 peserta.

Bagaimanapun, kata beliau, hanya 250 peserta yang mengesahkan penyertaan disebabkan kekangan kerja.
“Sambutan yang diterima memang di luar jangkaan kerana walaupun baru pertama kali LEIOS Sports menganjurkan kejohanan sebegini tetapi ia tidak menghalang peminat sukan menembak memberi sokongan.
“Ia sekali gus menunjukkan bahawa sukan menembak di negara ini semakin berkembang dengan lebih meluas,” katanya kepada UtusanTV hari ini.

Baca artikel lain: 250 penembak berentap dalam LEIOS Sport 1st IPSC Open 2024 level II
Kejohanan yang diadakan di Lapang Sasar Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya melibatkan penyertaan daripada pasukan keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta persatuan dan kelab menembak seluruh negara.
Sebanyak 11 kategori dipertandingkan melibatkan empat disiplin iaitu Open, Standard, Production dan Production Optic.

Mengulas lanjut, Zul Majdi berkata, antara kategori baharu yang dipertandingkan adalah novis sebagai galakan kepada penembak-penembak yang baru menceburi sukan tersebut.
“Kategori novis ini diwujudkan bagi menyuntik semangat penembak-penembak baru yang menceburi bidang ini.
“Kalau tak diwujudkan kategori sebegini mungkin mereka terpaksa tunggu lebih lama untuk berjaya naik podium kerana bersaing dengan orang lama,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

