Apabila pegawai perubatan tinggalkan perkhidmatan awam

Dari Penulis

SEJUMLAH 54 peratus daripada 100,696 pegawai perubatan yang telah diserap ke dalam perkhidmatan tetap kerajaan dilapor meninggalkan perkhidmatan awam untuk meneruskan kerjaya di sektor lain.

Perkara ini didedahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad, di Dewan Rakyat baru-baru ini. Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lin, yang ingin tahu punca pegawai perubatan berhenti daripada sektor awam.

Dalam situasi di mana ramai pegawai perubatan masih berstatus kontrak, atau lulusan perubatan dalam dan luar negara masih menunggu untuk lantikan kontrak, pengunduran ramai pegawai perubatan berstatus tetap daripada perkhidmatan awam agak memeranjatkan.

Namun daripada satu aspek lain, pengunduran mereka dilihat membuka peluang lebih luas untuk pegawai perubatan kontrak diserap. Ini kerana kekosongan ditinggalkan oleh pegawai sedia ada perlu diisi agar tidak menjejaskan khidmat kesihatan untuk rakyat.

Pegawai kontrak cuma perlu sabar menunggu. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan komited untuk menyerap 12,800 doktor kontrak dalam tempuh tiga tahun mulai 2023. Seramai 4,300 pegawai perubatan kontrak telah pun diserap tahun lalu.

Penyerapan dibuat secara berperingkat kerana perlu mengambil kira implikasi kewangan terpaksa ditanggung oleh kerajaan jika diserap serentak. Baki yang lain dijangka diserap menjelang tahun 2025 dengan peruntukan tambahan sekitar RM1.7 bilion. Kerajaan sedar isu ini sudah berlarutan dan perlu penyelesaian segera.

Tidak dinafikan, pengunduran pegawai perubatan merupakan kerugian kepada kerajaan. Ramai daripada mereka merupakan doktor pakar atau doktor am yang banyak pengalaman setelah lama berkhidmat.

Oleh itu untuk mendorong mereka kekal dalam perkhidmkatan awam, kerajaan menawarkan skim perkhidmatan, diiringi insentif lebih menarik kepada pegawai perubatan. Antaranya menetapkan gaji permulaan pegawai kontrak gred UD41 sebanyak RM5,197, jauh lebih tinggi berbanding skim perkhidmatan awam lain.

BERITA BERKAITAN Jangan hukum doktor kontrak terlibat mogok – PN

Selain itu kerajaan meningkatkan jumlah pegawai lantikan tetap seramai 9,822 orang bagi tempuh 2019-2023, dengan pertambahan sebanyak 6,000 orang untuk 2024-2025.

Insentif lain termasuk menawarkan peluang pengajian di peringkat kepakaran (specialist) menerusi kemudahan cuti belajar bergaji penuh melalui Hadiah Latihan Kepakaran dan Program Latihan Kepakaran.

Sekali pun menawarkan pelbagai insentif menarik, kerajaan tidak berada pada kedudukan menghalang pegawai perubatan yang ingin mencari rezeki di tempat lain, mencari padang lebih hijau. Yang penting telah memenuhi syarat perkhidmatan wajib, atau telah bebas daripada ikatan biasiswa.

Menurut Dr Zulkefly, antara punca pegawai perubatan berhenti kerana tawaran kerja di sektor swasta dan badan berkanun. Sebanyak 45 peratus daripada 54 peratus yang berhenti itu memilih bekerja di luar negara.

Sebanyak 28 peratus pula memberi alasan peribadi meninggalkan perkhidmatan awam. Tidak dinyatakan secara spesifik sebab peribadi ini. Sebanyak 0.5 peratus pula tidak menyatakan sebarang alasan.

Sebab lain meletakkan jawatan kerana menerima tawaran berkhidmat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), iaitu enam peratus, dan melanjutkan pelajaran (2.7 peratus). Mereka yang memilih berkhidmat di IPTA ini mungkin doktor pakar untuk menjadi tenaga pengajar atau pentadbir di Fakulti Perubatan.

Dr Zulkefly memberitahu, yang berhenti untuk membuka klinik sendiri berjumlah 0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan. Mungkin setelah lama berkhidmat, mereka membuka klinik untuk berdikari serta menjadi ‘bos’ sendiri, tanpa terikat dengan pihak lain.

Namun membuka klinik ialah satu perniagaan. Seperti perniagaan lain, ia terdedah kepada persaingan dan risiko. Ibarat kata peribahasa, ‘untung sabut timbul, untung batu tenggelam’.

Modal yang diperlukan besar. Premis perlu disewa, kecuali yang mampu membeli terus. Kos ubah suai tinggi. Ini belum termasuk kos lain seperti membayar gaji kaki tangan serta bil utiliti. Difahamkan ada doktor membuat pinjaman bank untuk memulakan operasi.

Jika klinik mendapat sambutan, tidak ada masalah. Tetapi jika lokasi kurang sesua atau bukan tempat tumpuan ramai, ditambah persaingan sengit, cabaran untuk survive akan menjadi begitu getir. Bukan menghairankan jika banyak klinik menutup operasi.

Di kawasan taman kediaman penulis sendiri terdapat begitu banyak klinik. Daripada pemerhatian penulis, ada klinik tertentu yang kerap dikunjungi ramai, tetapi ada juga yang ‘sendu’, selalu kelihatan kosong.

Satu lagi cabaran bagi klinik swasta ialah orang ramai lebih memilih perkhidmatan kesihatan di hospital atau klinik kesihatan kerajaan. Khidmat bagus, ubat-ubatan berkualiti. Bayaran jauh lebih murah, atau percuma bagi warga emas untuk rawatan biasa.

Bukankah sambutan ramai terhadap perkhidmatan kesihatan kerajaan ini sewajarnya menjadi pendorong kepada pegawai perubatan untuk kekal dalam perkhidmatan awam demi berbakti kepada masyarakat ramai?

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tak seperti biasa, Piala Dunia 2026 kelihatan suram

HANYA tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Piala Dunia 2026 dimulakan dengan perlawanan pertama melibatkan satu daripada pasukan tuan...

More Articles Like This