Kerajaan belum bercadang laksana kembali GST – Menteri Kewangan II

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KERAJAAN belum berhasrat untuk melaksanakan kembali Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selepas melihat sekarang bukanlah waktu yang sesuai.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu memahami cabaran kos sara hidup yang dialami rakyat ketika ini.

Katanya, ketika melakukan pembaharuan fiskal, kerajaan mengambil pendekatan progresif dalam konteks percukaian dan subsidi yang bersifat bersasar.

Oleh yang demikian, jelasnya, perluasan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan memberi pengecualiaan kepada beberapa sektor adalah jalan terbaik dalam meningkatkan pendapatan kerajaan.

“Kerajaan belum bercadang untuk melaksanakan GST lagi kerana ianya bersifat cukai penggunaan yang berasas luas.

“Dan dengan itu bukanlah masa yang sesuai, memandangkan rakyat terutama yang berpendapatan rendah menghadapi cabaran kos sara hidup.

“Walaupun kadar inflasi 2023 secara purata adalah 2.5 peratus tetapi bagi makanan dan minuman hampir 5.0 peratus, kategori ini adalah lebih dirasai oleh rakyat,” katanya.

Baca artikel lain: Dasar 1 peratus penjawat awam OKU dikaji semula, masih tidak capai sasaran – Dr Zaliha

Beliau berkata demikian pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum itu, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) menerusi soalan tambahan bertanya apakah kerajaan bersedia untuk melaksanakan GST selepas dimansuhkan sebelum ini.

Amir Hamzah berkata, meskipun 1 Mac lalu menyaksikan peningkatan SST daripada enam ke lapan peratus namun begitu beliau menegaskan ia sama sekali tidak akan membebankan rakyat.

Katanya, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sudah melaksanakan Ops Kesan bagi menghukum mereka yang mengambil kesempatan atas kenaikan ini.

“Walaupun kerajaan bertindak meluaskan asas hasil negara, kerajaan tidak akan sekali mengabaikan kepentingan majoriti rakyat.

“Keputusan kita melakukan reformasi cukai adalah secara progresif supaya kesannya kurang dan tidak membebankan.

“Kerajaan tak teragak ambil tindakan tegas sekiranya ada pengusaha yang menaikkan harga secara tidak munasabah dan melanggar perundangan berkaitan pencatutan,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This