Seorang penjual ketam direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penghinaan ke atas Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail melalui laman sosial Facebook.
Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata perintah reman terhadap lelaki berusia 41 tahun itu dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor daripada Mahkamah Majistret Kangar.
Yusharifuddin berkata tangkapan terhadap lelaki itu dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di Taman Akasia 2, Changlun, Kedah pada pukul 1.30 pagi tadi selepas menerima laporan polis daripada seorang lelaki berusia 37 tahun semalam.
“Pengadu telah melayari Facebook dan telah melihat satu posting mengenai penghinaan ke atas Raja Perlis menggunakan akaun Facebook. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, beliau berkata polis juga menerima laporan berhubung perbuatan khianat iaitu kejadian menyimbah cat berwarna merah terhadap sepanduk tertera gambar Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail Selasa lepas.
“Untuk kes simbah cat ini akan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

