SERAMAI 12 individu termasuk lapan wanita ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran di Jalan Petaling, Kuala Lumpur, semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya telah membuat serbuan ke atas lapan premis pelacuran berdasarkan maklumat risikan pada pukul 4 hingga 6 petang.
Beliau berkata, pihaknya telah menahan empat lelaki dan lapan wanita warga tempatan berusia 25 hingga 49 tahun bagi membantu siasatan.
“Turut dirampas 89 keping kondom, tujuh gel pelincir, 27 gulung tisu, tiga buah buku catatan dan wang tunai RM500,” katanya dalam satu kenyataan har ini.
Kesemua suspek direman selama empat hari sehingga Isnin bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 372B/ 373 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

