Hari Wanita: Kerajaan konsisten bela hak dan kebajikan wanita – PM

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan kekal tegas dan konsisten dalam membela hak wanita di negara ini.

Bersempena Hari Wanita Antarabangsa yang disambut hari ini, Anwar dalam laman Facebooknya berkata kerajaan juga akan memastikan kebijakan didirikan dalam menjamin setiap sudut hak wanita terus diperteguh.

“Selamat menyambut Hari Wanita kepada seluruh kaum wanita terutama di Malaysia.

“Hari besar ini disambut sebagai menghargai peranan dan tanggungjawab yang dimainkan golongan wanita dalam membangun tamadun dan masyarakat, selain memastikan kaum wanita diberi tempat yang selayaknya untuk menyumbang ke arah pembangunan masyarakat yang mampan,” katanya.

Baca artikel lain: LKAN: PM arah LTAT, Felda kemukakan laporan penuh

Beliau turut mengambil kesempatan menzahirkan penghargaan kepada isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kerana terus bersama dalam perjuangan yang panjang dalam merubah sistem dan membetulkan kepincangan.

Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 8 Mac setiap tahun bagi mengiktiraf pencapaian wanita dalam pelbagai bidang serta memperjuangkan hak golongan berkenaan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Budaya politik jadikan perbezaan wahana capai kuasa mesti ditolak – PM

BUDAYA politik yang menjadikan perbezaan sebagai wahana bagi mencapai puncak kuasa mesti ditolak oleh rakyat. Mesej itu disampaikan Perdana...

More Articles Like This