Polis sahkan kejadian ragut rantai leher pekerja kedai serbaneka di Jenjarom

Dari Penulis

POLIS mengesahkan berlakunya satu kejadian ragut rantai leher milik seorang pekerja kedai serbaneka Jenjarom, Kuala Langat dan telah membuka satu kertas siasatan.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/4395

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Mohd Sufian Amin berkata, semakan mendapati pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang wanita tempatan pada pukul 12.24 tengah hari.

Beliau berkata, mangsa berusia 51 tahun telah didatangi dua lelaki tempatan yang bertopi keledar hitam dan berbaju merah ke dalam kedai.

“Salah seorang lelaki tersebut telah menarik rantai leher sehingga menyebabkan mangsa terjatuh ke lantai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi dan diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This