PENCIPTA kartun Dragon Ball, Akira Toriyama disahkan telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 68 tahun, pada 1 Mac lalu.
Menerusi kenyataan rasmi francais Dragon Ball di laman akaun X, Akira Toriyama meninggal dunia akibat penyakit hematoma subdural akut iaitu sejenis pendarahan berhampiran otak.
“Kami amat kesal kerana beliau masih mempunyai beberapa karya di dalam proses pembikinan.
“Malah, beliau juga mempunyai banyak perkara untuk dicapai. Bagaimanapun, pemergian beliau telah meninggalkan banyak manga dan karya seni kepada dunia ini,” kata kenyataan itu.
Jelas kenyataan itu lagi, sokongan peminat di seleuruh dunia selama 45 tahun ini amat dihargai.
Upacara pengebumian mendiang akan diadakan bersama keluarga dan rakan terdekat.
“Berikutan hasrat beliau untuk ketenangan, kami dengan hormatnya memaklumkan kepada anda bahawa kami tidak akan menerima bunga, hadiah takziah, kunjungan, persembahan dan lain-lain,” katanya kenyataan itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

