SEORANG lelaki ditahan selepas dipercayai melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di sebuah kediaman dekat Jalan Pandan Indah 21, Ampang, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazruel Ekram Abu Saare berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada ibu mangsa pada Khamis lalu.
Beliau berkata, pengadu telah bertanya kepada mangsa yang merupakan anak pertama mengenai kejadian yang berlaku di rumah pengasuh pada pukul 8.30 pagi.
“Anak perempuan kedua pengadu berusia empat tahun yang merupakan saksi kejadian telah memberitahu bahawa suami pengasuh pernah mencium pipi dan membuka seluar sambil menggosok kemaluannya.
“Suspek juga mengambil tangan mangsa lalu meletakkan di zakarnya sambil menggosok-gosok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, pengadu telah menerima mesej daripada pengasuh yang memaklumkan suaminya tidak melakukan perbuatan tersebut.
Malah, pengasuh juga meminta perkara tersebut dirahsiakan kerana mempunyai anak asuhan yang ramai.
“Suspek berusia 55 tahun telah ditahan di Jalan Pandan Indah 22, Ampang pada pukul 10.50 malam, hari Isnin bagi membantu siasatan.
“Hasil ujian saringan awal air kencing negatif dadah dan suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau,” katanya.
Suspek telah dibenarkan reman selama tujuh hari sehingga Isnin dan kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

