MITI, MIDA gerakkan pasukan mudahkan penempatan 550 pekerja kilang Goodyear

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN melalui inisiatif dilakukan Kementerian Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah menggerakkan pasukan khusus untuk memudahkan penempatan pekerjaan 550 pekerja kilang Goodyear.

Ia susulan penutupan operasi kilang Goodyear di Shah Alam, Selangor berkuat kuasa 30 Jun depan dan dijangka selesai sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

MIDA dalam kenyataan memaklumkan, pasukan khusus itu juga akan menawarkan program peningkatan kemahiran (upskilling) dan kemahiran semula (reskilling) bagi mengurangkan kesan ke atas tenaga kerja Goodyear yang terjejas ekoran keputusan tersebut.

Menurut MIDA, campur tangan itu merupakan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk menyokong tenaga kerja tempatan melalui perubahan industri transformatif untuk mendapatkan peluang pekerjaan baharu, menerusi pendekatan yang berjaya sebelum ini bersama syarikat yang melaksanakan rasionalisasi atau pengecilan operasi.

“Melihat kejayaan usaha terdahulu, MIDA aktif bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Pekerja (Perkeso) serta Jabatan Tenaga Kerja melalui Pusat Pemudahcara Invest Malaysia yang baharu untuk memudahkan bantuan penempatan pekerjaan daripada pelbagai sektor.

“Usaha kerjasama ini menunjukkan potensi mekanisme sokongan yang berkesan bagi membantu mereka yang terjejas berikutan penutupan kilang Goodyear di Shah Alam, menunjukkan komitmen kerajaan terhadap peralihan dan daya tahan tenaga kerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, MIDA memaklumkan, Goodyear telah pun mengadakan dialog strategik dengan pihaknya dan MITI sebelum mengambil tindakan menutup kilang tersebut.

Baca artikel lain: Kilang GoodYear di Shah Alam ditutup 30 Jun depan

Jelasnya, dialog tersebut bukti kesediaan kolektif yang telah memastikan penutupan sejajar dengan objektif strategik yang lebih luas dan menunjukkan kebolehsuaian dan kekuatan perkongsian semua pihak.

“Yang penting, Goodyear, bersama para pemegang sahamnya, telah berada dalam penyelarasan yang rapat dengan Kerajaan sebelum keputusan ini dihebahkan, berusaha gigih untuk mewujudkan rangka kerja sokongan untuk pekerja.

“Kerjasama awalan ini menunjukkan komitmen kolektif kami terhadap kesejahteraan tenaga kerja, menggariskan bahawa usaha kami untuk membantu pekerja yang terjejas dilaksanakan dengan pandangan jauh dan tanggungjawab,” katanya.

Dalam pada itu, MIDA berkata Malaysia mencapai prestasi pelaburan bersejarah pada 2023 dengan pelaburan diluluskan berjumlah RM329.5 bilion merentasi pelbagai sektor ekonomi.

Dalam sektor pembuatan sahaja yang menyumbang RM152 bilion daripada jumlah pelaburan diluluskan, katanya, sebahagian besarnya iaitu 62.9 peratus atau RM95.5 bilion pelaburan berasal daripada pengembangan perniagaan sedia ada dan yang mempelbagaikan operasi mereka.

“Ini menunjukkan keyakinan kukuh syarikat-syarikat yang mapan terhadap kestabilan ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Goodyear mengambil keputusan untuk menutup operasi kilangnya di Shah Alam, Selangor berkuat kuasa pada 30 Jun depan dan dijangka selesai sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang berkata, keputusan penutupan yang sukar itu bakal memberi kesan kepada 550 orang pekerjanya di Malaysia.

Namun, ujarnya, ia perlu diambil dan merupakan sebahagian daripada program transformasi GoodYear Forward yang mahu mengoptimakan operasi mereka.

Selain itu, katanya lagi, membantu dalam usaha untuk mencapai penurunan kos operasi tahunan GoodYear sebanyak AS$1 bilion (RM4.71 bilion).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This