Polis rakam percakapan 7 saksi berhubung nota ugutan kepada Nga Kor Ming

Dari Penulis

POLIS telah merakam percakapan tujuh orang saksi setakat ini berhubung kes penemuan beberapa nota berbaur ugutan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang diletakkan di hadapan rumah ibunya di Ayer Tawar, Manjung semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata rakaman percakapan kesemua saksi itu dibuat bagi membantu usaha mengesan suspek, bagaimanapun setakat ini suspek masih belum dikenal pasti.

“Masih belum lagi ada sebarang tangkapan atau kenal pasti suspek,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, Mohamed Nordin dalam kenyataan berkata pihaknya menerima laporan mengenai nota ugutan itu daripada ibu Nga kira-kira pukul 10.15 pagi, selepas wanita berumur 76 tahun itu menemukan banyak kertas bertaburan di hadapan rumahnya yang memaparkan tulisan perkataan berbaur ugutan, pada kira-kira pukul 7.30 pagi.

Baca artikel lain: Kelantan terbuka bincang isu pangkalan haram dengan KDN

Mohamed Nordin berkata kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah melalui suatu komunikasi tanpa nama dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan meminta mereka yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Fariq Nazmi Mohd Mustafa dengan menelefon 013-3317099 bagi membantu siasatan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hadi sahkan pertemuan pemimpin Pas dan UMNO, beri bayangan penyatuan parti politik Melayu

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan berlaku pertemuan antara pemimpin parti itu dengan UMNO, malam tadi. Ia susulan...

More Articles Like This