Tolak kekasih tingkat 23 kondo, pemandu lori didakwa bunuh

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG pemandu lori yang sebelum ini disyaki menolak kekasihnya dari tingkat 23 sebuah kondominium, di Setia Alam, didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Pengakuan bagaimanapun tidak direkodkan daripada tertuduh, V. Nathan, 37, yang sekadar mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.

Namun sebelum pertuduhan dibacakan terhadapnya, tertuduh dilihat enggan memberikan kerjasama apabila diminta untuk membacakan nombor kad pengenalan dengan menggelengkan kepala.

Mengikut kertas pertuduhan, Nathan didakwa membunuh Mawika Lumyai, 32, di sebuah unit kediaman kondominium di Jalan Setia Dagang, Setia Alam di Shah Alam sekitar jam 10.02 malam pada 28 Februari lalu.

Justeru tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara 30 tahun sehingga 40 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati, tertuduh boleh disebat sekurang-kurangnya 12 kali.

Baca: Tolak kekasih dari tingkat 23 kondo, pemandu lori ditahan polis

Ketika prosiding, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farah Sofea Norazman manakala Nathan diwakili peguam P. Aravind Raj.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 Jun depan sebagai sebutan semula kes bagi laporan kimia, forensik dan bedah siasat.

Sebelum ini pada 29 Februari lalu, UtusanTV melaporkan pihak polis telah menahan lelaki berbangsa India berusia 37 tahun sekitar jam 10.10 malam selepas menerima laporan oleh orang awam berhubung kejadian sekitar jam 10.02 malam.

Mohd Iqbal berkata, siasatan mendapati mangsa merupakan seorang wanita warga Thailand berusia 32 tahun dan tidak bekerja ditemui meninggal dunia di tingkat tujuh kondominium terbabit.

Baca: Tolak kekasih dari tingkat 23 kondo, pemandu lori direman 7 hari

“Saksi kejadian mendakwa telah terdengar pergaduhan sebelum melihat suspek menolak mangsa dari tingkat 23,” katanya dalam satu kenyataan.

Semakan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod jenayah dan satu rekod dadah selain saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis kanabis.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This