Bella Astillah hadir ke Pejabat Agama Islam, netizen ‘petik’ nama Aliff Aziz ‘kantoi’ kena tangkap khalwat

Dari Penulis

PELAKON Bella Astillah dilihat hadir ke Pejabat  Agama Islam pada pukul 2.40 pagi sekaligus mencetuskan tanda tanya warganet.

Kelibat Bella bersama adiknya yang juga penyanyi Didi Astillah itu turut dikongsikan menerusi video TikTok Melodi TV3 sebentar tadi sekaligus mengesahkan kehadirannya.

Malah, turut kelihatan bersama ialah penyanyi Adira Suhaimi yang berdiri menemani Bella disisinya.

“Pelakon dan penyanyi Bella Astillah muncul di Pejabat Agama Islam jam 2.40 pagi, ada apa tu Bella?,” tulis kapsyen di video terbabit.

Kehadiran Bella difahamkan ada kaitan dengan penangkapan pelakon lelaki dan wanita yang dicekup berkhalwat.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menangkap pasangan artis bersekedudukan dalam sebuah kondominium mewah selepas mendapat maklumat daripada orang awam.

Dua selebriti itu turut terbabit bersama dalam sebuah penggambaran drama.

Mereka ditahan di kediaman milik aktres terbabit selepas lelaki itu dilihat sering datang ke rumahnya. 

Malah, ramai sudah mula memetik nama Aliff Aziz memandangkan dia  merupakan suami kepada Bella.

Menguatkan lagi spekulasi apabila Aliff juga turut berkongsi di Instagram miliknya sedang menjalani penggambaran drama berjudul Terjerat bersama Ruhaines.

Ini bukanlah kali pertama Aliff kantoi curang dengan wanita lain. Malah, perkahwinannya dengan Bella pernah musnah pada 2019 namun mereka kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This