KERAJAAN disifatkan seumpama pepatah ‘ayam berkokok berderai-derai tapi ekor bergelumang najis’ kerana didakwa hanya tahu bercakap besar tetapi tidak melaksanakan apa yang diperkatakan.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa, perkara itu jelas kelihatan apabila kerajaan mengawal ketat media sosial kerana tidak mahu dilihat lemah dan menjadi tidak popular.
Beliau turut memetik video TikTok Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengenai kejatuhan nilai ringgit yang didakwa telah disekat.
“Kenapa harus disekat? Bukankah dahulu merekalah yang paling lantang memperjuangkan kebebasan media? Kononnya mereka memperjuangkan demokrasi dan hak asasi.
“Kenapa bila jadi kerajaan, mereka dengan rakusnya menggunakan kuasa untuk menyekat kebebasan? Ternyata, mereka semua hipokrit.
Baca artikel lain: ‘Rakyat cakap PM tak reti jaga negeri’ – Muhyiddin
“Kita tak bercakap berdegar-degar tentang demokrasi tetapi kita mengamalkan demokrasi. Mereka bercakap berdegar tentang demokrasi tetapi mengamalkan autokrasi seperti ayam berkokok berderai-derai tetapi ekornya bergelumang dengan najis,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Wakil Rakyat PN, hari ini.
Malah, Muhyiddin turut membandingkan tindakannya yang tidak menyekat mana-mana media sosial sewaktu menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri.
“Bermacam-macam tohmahan mereka lemparkan terhadap saya dan kerajaan PN tapi tak pernah sekali pun saya arahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) atau TikTok sekat video atau hantaran rakyat di media sosial.
“Itu prinsip kita dalam mentadbir negara. Negara kita ada undang-undang dan kuasa kerajaan dihadkan oleh undang-undang,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

