RAKYAT didakwa sudah tidak lagi percaya kepada kepimpinan negara malah memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘tak reti jaga negeri’.
Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin merujuk kepada kenyataan Anwar yang tular di media sosial sebelum memegang tampuk kerajaan.
Tegasnya, perkara itu dikuatkan dengan pendedahan data deposit mata wang asing negara yang semakin meningkat sehingga mencecah RM250 bilion pada bulan Julai 2023 iaitu tertinggi dalam sejarah.
“Saya tengok di media sosial ramai netizen yang ulang tayang video Tambun ketika jadi pembangkang.
“Dia kata hang tak reti jaga negeri, sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun hang yang tak reti jaga negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.
Dalam pada itu, Muhyiddin menggesa kerajaan menangguhkan dahulu rancangan untuk merasionalisasi subsidi petrol dan diesel yang dikatakan akan dilaksanakan pada tahun ini.
Baca artikel lain: Keputusan rayuan kes rasuah Isa Samad esok
Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yakin jika dilaksanakan semua harga barangan perkhidmatan akan melonjak tinggi.
Ujarnya lagi, perkara tersebut pastikannya membebankan rakyat yang sekarang pun sudah berdepan kesukaran untuk menjalani kehidupan.
“Oleh sebab itu saya minta kerajaan kaji dengan lebih teliti rancangan rasionalisasi subsidi petrol dan diesel ini, adakah ia sesuai dilaksanakan ketika ini.
“Ketika rakyat sedang berdepan dengan kenaikan harga barang dan pelbagai jenis cukai yang amat membebankan mereka.
“Mungkin elok kerajaan tangguhkan dahulu rancangan rasionalisasi buat sementara waktu,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

