USAHA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mencabar kerajaan supaya mengisytiharkan kekosongan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana bimbang wujud tangan ghaib dalam usaha meluluskan pindaan perlembagaan partinya.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sedar proses kelulusan pindaan akan membabitkan bidang kuasa tertentu bawah kerajaan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kenapa saya cabar PM (Perdana Menteri)? Sebab saya tahu ada bidang kuasa tertentu bawah kerajaan…siapa kerajaan yang menentukannya? PM lah.
“Kita tidak mahu ada halangan daripada pihak berkenaan seperti Speaker Dewan Rakyat, SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), untuk tidak membenarkan proses pindaan itu dijalankan. Itulah saya saya maksud (mengenai cabaran itu).
“Jadi, kita cabar sebab hendak lihat kalau PM bercakap itu dan ini…itu hak dia, sebab dalam pemikiran saya, proses kelulusan harus berjalan lancar tiada sekatan daripada dilaksanakan.
Baca artikel lain: Sedia beri penjelasan kepada PAC berhubung laporan audit LTAT – Khaled
“Apapun ia melibatkan soal kuasa kerajaan seperti RoS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan), SPR, dan saya harap tiada halangan atas apa jua sekali pun, ia mesti dilaksanakan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Ziarah Kasih Sumbangan Ramadan peringkat Parlimen Pagoh, Pekan Pagoh, hari ini.
Hadir sama Pengerusi Bersatu Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal.
Muhyiddin menambah, akan berjumpa RoS esok untuk berbincang proses selanjutnya mengenai pindaan perlembagaan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung Khas 2 Mac lalu.
Semalam, Anwar dalam lawatan kerja ke Pulau Pinang berkata, Muhyiddin tidak layak mencabar Kerajaan Perpaduan mengisytiharkan pengosongan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi DUN kerana beliau sendiri dianggap sebagai ‘pakar lompat’.
Katanya, keputusan sama ada pengosongan enam kerusi Parlimen dan satu DUN berkenaan sepatutnya dibuat individu yang mewakilinya semua kerusi berkenaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

