Ruhainies minta maaf, mohon isu tangkap khalwat dihentikan bagi elak kekeliruan

Dari Penulis


“Saya ingin memohon maaf kepada semua atas apa yang terjadi”. Demikian kata pelakon Ruhainies yang ditangkap atas tuduhan berkhalwat bersama Aliff Aziz pada awal pagi semalam (Sabtu).

Menerusi entri di Instagram Story miliknya, menyangkal laporan serta dakwaan yang tersebar terhadapnya mengenai isu khalwat.

Jelas Ruhainies, ada beberapa fakta tidak tepat sekaligus menimbulkan salah faham ramai.

“Assalamualaikum. Bagi menjawab segala spekulasi atas apa yang sedang diperkatakan dalam semua platform sosial media, saya dengan rendah diri ingin nyatakan di sini, ada beberapa kenyataan yang kurang tepat telah tersebar,” tulisnya.

Pada masa sama, aktres berusia 32 tahun itu turut berharap agar semua spekulasi berkaitan dirinya dihentikan sehingga dia bersedia memberikan kenyataan bagi mengelak kekeliruan.

“Saya juga berharap spekulasi ini dapat dihentikan sehingga saya memberikan kenyataan bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham. Insya-Allah,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This